Love Quotes, Love Quotes Images, Love Sayings

MASA ITU EMAS

Wednesday, May 30, 2012

wArKah uNTuk AdAm

Someone will love you more than what you expected
,be patient and learn to wait, because sometimes a patient person receives the BEST LOVE STORY 

Assalam lame dah xupdate blog....hmmm malas je tapi blog ni la satu2nya wat hilang bosan ak,nk wat gane org jiwa sastera meme gini :p


dimulakan dengan suasana pagi yang indah, udaranya sejuk nyaman terasa hinggakan yang bgun awl pagi menarik kembali selimut ke sisi....kepada ibu selamat menjalankan tugas ye :)

Bismillahirrahmanirrahim .......

Wahai Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai Adam,
Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…

Ceritera adam dan hawa adalah satu pengajaran buat kite semua dalam menempuh ujian yang maha hebat ini,walau sering menghindari namun senantiasa hati merindui. Terutama pada zaman sekarang sudah betul manusia yang lalai dek duniawi ibarat baginya tidak ad penghujung, tidak ad penghisaban. Adakah itu dinamakan hamba Allah yang dulunya menyetujui untuk mengabdikan diri kepadaNya??? tiDAKKK....itulah digelar hamba NaFSUuu. Terbuai dek janji manis adam yang akhirya membawa penyesalan yg xberkesudahan.

Adakah wujud couple islamik>???mengaku dirinya seorg naqib atau naqibah berpesan-pesan dalam setiap program usrahnya <> adakah sama dgn dirinya atau sekadar berkata-kata untuk melepaskan tanggungjawab berdakwah dan inilah dikatakan seseorg itu munafik....oh YA ALLAH, hambaMu tidak kurang,sama dengan diorang yang sentiasa membiarkan diriku lalai dan leka dengan jahiliyyah moden hari ini kerna hamba bukan malaikat yang sentiasa jujur dan ikhlas berzikir,bertahmid,bertakbir dan bertasbih demiMu. Namun hamba tidak ingin terkapai-kapai kelemasan untuk mencapai secebis RahmaTMu bahkan hambaMu juga merentasi perjalanan yang membawa seribu erti suka dan duka tangis di dalam tawa bgi menggapai JannahMu :’)

Cinta ini fitrah tetapi akan menjadi fitnah jika ia tidak mampu dikawal dengan baik. ALLAH ciptakan terbaik untuk hamba2Nya sejak dari dalam kandungan lagi...jika tidak ,itu adalah ujian untukmu. Bertabahlah hati.

Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Menolak cinta segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam

Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Wahai Adam,
Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bantulah kami,bimbinglah kami agar dapat mendapat baitul muslim yang sakinah,mawaddah wa rahmah...so readers: bercinta sebelum nikoh Allah Murka L, bercinta selepas nikoh Allah Suka J



No comments:

Post a Comment

salam ukhuwwah