Assalam lame dah xupdate blog....hmmm malas je tapi blog ni la satu2nya wat hilang bosan ak,nk wat gane org jiwa sastera meme gini :p
dimulakan dengan suasana pagi yang indah, udaranya sejuk nyaman terasa hinggakan yang bgun awl pagi menarik kembali selimut ke sisi....kepada ibu selamat menjalankan tugas ye :)
Bismillahirrahmanirrahim .......
Wahai Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian
di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak
hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Wahai Adam,
Adam…aku
tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi
tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak
perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah
azzawajalla…
Ceritera adam dan hawa adalah satu pengajaran buat kite semua dalam menempuh ujian yang maha hebat ini,walau sering menghindari namun senantiasa hati merindui. Terutama pada zaman sekarang sudah betul manusia yang lalai dek duniawi ibarat baginya tidak ad penghujung, tidak ad penghisaban. Adakah itu dinamakan hamba Allah yang dulunya menyetujui untuk mengabdikan diri kepadaNya??? tiDAKKK....itulah digelar hamba NaFSUuu. Terbuai dek janji manis adam yang akhirya membawa penyesalan yg xberkesudahan.
Ceritera adam dan hawa adalah satu pengajaran buat kite semua dalam menempuh ujian yang maha hebat ini,walau sering menghindari namun senantiasa hati merindui. Terutama pada zaman sekarang sudah betul manusia yang lalai dek duniawi ibarat baginya tidak ad penghujung, tidak ad penghisaban. Adakah itu dinamakan hamba Allah yang dulunya menyetujui untuk mengabdikan diri kepadaNya??? tiDAKKK....itulah digelar hamba NaFSUuu. Terbuai dek janji manis adam yang akhirya membawa penyesalan yg xberkesudahan.
Adakah wujud couple islamik>???mengaku dirinya seorg
naqib atau naqibah berpesan-pesan dalam setiap program usrahnya <> adakah sama dgn dirinya atau sekadar berkata-kata
untuk melepaskan tanggungjawab berdakwah dan inilah dikatakan seseorg itu
munafik....oh YA ALLAH, hambaMu tidak kurang,sama dengan diorang yang sentiasa
membiarkan diriku lalai dan leka dengan jahiliyyah moden hari ini kerna hamba
bukan malaikat yang sentiasa jujur dan ikhlas berzikir,bertahmid,bertakbir dan
bertasbih demiMu. Namun hamba tidak ingin terkapai-kapai kelemasan untuk
mencapai secebis RahmaTMu bahkan hambaMu juga merentasi perjalanan yang membawa
seribu erti suka dan duka tangis di dalam tawa bgi menggapai JannahMu :’)
Cinta ini fitrah tetapi akan menjadi fitnah jika ia tidak
mampu dikawal dengan baik. ALLAH ciptakan terbaik untuk hamba2Nya sejak dari
dalam kandungan lagi...jika tidak ,itu adalah ujian untukmu. Bertabahlah hati.
Antara
ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta
adalah:
'ala..aku
couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya
cintakan awak kerana Allah..'
'Kita
couple tapi bukan buat maksiat pun..'
'macam mana
nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta
'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'
'tak apa
kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple
ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Firman
Allah S.W.T:
"Dan
janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Menolak cinta segala-galanya.
Menolak cinta
sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%
tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah
yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang
berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang
baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah
di dalam
Surah An-Nur:
"dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar
dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi
yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan
diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum
ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang
kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan
percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah
ini dalam sujud.
"Ya
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"
(Al-Furqan 25:74")
Wahai Adam,
Akalmu
sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?!
Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai
dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak sorang
oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bantulah kami,bimbinglah kami agar dapat mendapat baitul
muslim yang sakinah,mawaddah wa rahmah...so readers: bercinta sebelum nikoh Allah
Murka L,
bercinta selepas nikoh Allah Suka J